Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembangunan di Daro semakin rancak

KUCHING, 21 Mac : Usaha kerajaan melaksanakan agenda pembangunan di Sarawak terbukti setelah adanya limpahan projek pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, memberi jaminan segala usaha yang sedang dilaksanakan tidak akan terhenti sebaliknya akan terus diperkasakan daripada semasa ke semasa.

“Kita di Daro tidak akan ketinggalan apabila menerima tempias pembangunan, malah banyak pembangunan yang sudah siap dan sedang dalam pelaksanaan berlaku di sekitar kita yang akan memberi manfaat kepada kita khususnya ,” katanya.

Jelas Safiee, kerajaan komited melaksanakan agenda pembangunan di kawasannya demi membela nasib rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Sementara itu, Safiee memberitahu, kerja pembinaan jambatan Batang Lassa kini sedang giat dilaksanakan.

“Apabila siap nanti ia akan memberi impak besar kepada penduduk terutamanya dalam aspek ekonomi dan sosial.

“Kawasan lain boleh dihubungkan bila-bila masa, buat masa ini kawasan kita hanya boleh dihubung menggunakan perkhidmatan feri,

“Tetapi semuanya akan menjadi sejarah disebabkan pembangunan pesat yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Safiee menggesa penduduk Daro agar terus bekerjasama supaya pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sempurna.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan