Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pelaksanaan gaji minimum perlu masa

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 21 Mac : Majikan yang terlibat dengan pelaksanaan gaji minimum baharu seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberikan tempoh sebelum berbuat demikian.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ini kerana langkah itu dikhuatiri menyebabkan pelbagai implikasi meskipun hanya membabitkan syarikat besar.

“Kita masih berada dalam proses pemulihan ekonomi dan sudah tentu, masih ada yang terkesan.

“Mereka perlu diberikan masa untuk pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Sosial (MPS) di Bangunan Baitulmakmur 2, Petra Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara.

Pelaksanaannya bagaimanapun akan hanya membabitkan syarikat besar manakala perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro tidak tertakluk kepada polisi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan