Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua bot karam, empat nelayan hilang

ByBernama

KEPALA BATAS, 21 Mac : Empat nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka karam dalam dua kejadian berasingan di perairan Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian pertama, seorang nelayan yang juga tekong bot hilang selepas botnya karam pada 8.15 pagi tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Awis Kharni Abdul Rahman berkata susulan itu, pihaknya menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan perairan Pulau Kendi.

“Kami menerima laporan memaklumkan bahawa tiga nelayan telah hilang selepas bot mereka karam namun hasil SAR, pihak bomba hanya berjaya menemukan dua daripadanya iaitu Tan Soon Gin, 30-an dan Pai San Chu Kaw, 40-an iaitu warga Thailand,” katanya.

Sementara itu, tiga lagi nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik dan karam di perairan Kuala Muda, Penaga.

Pegawai Operasi JBPM Pulau Pinang Yusmin Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.46 pagi sebelum operasi SAR digerakkan di perairan itu.

“Berdasarkan maklumat, tiga nelayan itu adalah Mohd Firdaus Samsudin, Hazizul Zakaria dan Ruzidi Saad, kesemuanya berusia 34 hingga 44 tahun,” katanya.

Difahamkan semasa kejadian, hujan lebat dan angin kuat melanda kawasan perairan Pulau Pinang.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan