HONG KONG, 21 Mac : Pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat atlet renang, Jody Lee yang terus fokus berlatih bagi memenuhi cita-citanya.
Remaja berusia 15 tahun itu bercita-cita tinggi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 dua tahun lagi.
Sementara itu, penutupan seluruh bandar termasuk kolam renang sejak Januari di Hong Kong tidak menyebabkan latihannya terhenti.
“Saya berlatih bersungguh-sungguh dan mempunyai prestasi baik dalam pertandingan diikuti.
“Namun, pandemik COVID-19 yang melanda buat pertama kalinya amat sukar bagi saya apabila semua kolam renang ditutup.
“Saya terpaksa mengambil alternatif lain seperti berenang di laut atau melakukan aerobik di halaman rumah,” katanya.
Walaupun menghadapi cabaran untuk terus belatih, Lee tetap komited dengan matlamat seumur hidupanya untuk bersaing di Sukan Olimpik. – TVS