Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekalan air, elektrik di seluruh Sarawak menjelang 2030

KUCHING, 21 Mac : Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menyasarkan 100 peratus atau seluruh kawasan negeri ini sepenuhnya mendapat bekalan air dan elektrik menjelang 2030, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Beliau berkata, ketika ini sudah 96.5 peratus kawasan luar bandar Sarawak sudah disambungkan  bekalan elektrik dengan 66.9 peratus sudah diliputi bekalan air.

“Secara keseluruhannya 98.6 peratus kawasan bandar dan luar bandar Sarawak sudah ada bekalan elektrik dan 83.4 peratus bekalan air,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya akan menganjurkan satu Persidangan Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak 2022 selama dua hari di sini bermula 31 Mac bertujuan untuk membincangkan isu dan cabaran penyediaan kemudahan bekalan air, elektrik, gas dan telekomunikasi di negeri ini.

“Ia melibatkan pembentangan 13 kertas teknikal daripada semua pihak terlibat dan kita berharap dapat mengenal pasti cabaran, isu dan penyelesaiannya ke arah menjelang 2030,” katanya sambil menambah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan persidangan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan