KUCHING, 21 Mac : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menang tanpa bertanding sebagai Ketua PBB Cawangan N.26 Gedong.
Mesyuarat perwakilan yang melabuhkan tirainya pada Ahad, melakar sejarah apabila semua ahli jawatankuasa Pemuda dan Wanita cawangan tersebut menang tanpa bertanding.
Datuk Mohd Naroden Majais dipilih sebagai Timbalan Ketua, manakala Ali Bujang menang sebagai Naib Ketua serta 13 Ahli Jawatankuasa yang lain.
Mahathir Oyak and Hasanah Majais masing-masing memenangi pergerakan Pemuda and Wanita.
Manakala, semua ahli jawatankuasa juga menang tanpa bertanding dalam mesyuarat yang bermula 18 Mac lalu.
Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N.26 Gedong telah dihadiri oleh kira-kira 400 perwakilan dari Zon Gedong, Zon Pangkor dan Zon Ulu Gedong di Pusat Konvensyen dan Hotel Raia, Kuching.-TVS