Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

215 penyelidikan klinikal tajaan dilaksana pada 2021 – Khairy

PUTRAJAYA, 21 Mac : Malaysia telah menjalankan 215 penyelidikan klinikal tajaan baharu pada tahun lepas melibatkan jumlah kontrak bernilai RM226 juta, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. 

Beliau berkata penyelidikan klinikal itu melibatkan rawatan penyelidikan dalam bidang penyakit berjangkit, onkologi, hematologi dan kardiologi, dengan separuh daripada kajian itu dijalankan di hospital dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) manakala selebihnya di hospital universiti dan pusat perubatan swasta.

“Penyelidikan klinikal adalah penting dalam pembangunan ubatan dan terapi baharu yang selamat dan lebih berkesan dalam merawat sesuatu keadaan kesihatan. 

“Malaysia telah menjalankan pelbagai jenis penyelidikan klinikal sejak awal 1990-an, kebanyakannya melibatkan penyelidikan klinikal yang ditaja itu dibiayai oleh syarikat farmaseutikal, bioteknologi dan peranti perubatan,” katanya ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Clinical Research Malaysia (CRM) 2021 dan Laporan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP) di sini hari ini.

Khairy berkata pertumbuhan dan pembangunan penyelidikan klinikal yang ditaja di negara ini diterajui oleh CRM iaitu sebuah syarikat di bawah KKM yang diperbadankan sejak 2012.

Beliau berkata KKM melalui CRM komited dalam menerajui usaha menyokong perkembangan penyelidikan klinikal yang ditaja ke dalam negara dengan memastikan kajian klinikal dikendalikan dengan asas kepantasan, kualiti, dan kebolehpercayaan. 

“Melangkah ke hadapan, saya beraspirasi untuk melihat CRM meneroka ujian klinikal yang melibatkan domain peranti perubatan yang belum diterokai dan mempunyai potensi yang sangat tinggi,” katanya.

Khairy berkata penyelidikan klinikal tajaan telah dikenal pasti sebagai salah satu Projek Permulaan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara 2010 dengan potensi mewujudkan peluang pekerjaan mahir dalam industri serta menjana pendapatan melalui pelaburan dalam kajian klinikal yang dijalankan.-TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan