Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM230 juta bantu industri pelancongan – Nancy

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Mac : Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM230 juta menerusi Bajet 2022 kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mengukuhkan sokongan kepada industri pelancongan.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, melalui peruntukan itu, ia membolehkan MOTAC untuk terus memainkan peranannya dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara selepas pandemik COVID-19.

Katanya, pendekatan kementerian itu adalah untuk melibatkan lebih banyak pihak dan terus komited terhadap strategi untuk menjana semula industri berkenaan.

“Pecahan peruntukan itu membabitkan sebanyak RM85 juta diberi sebagai bantuan kewangan khas kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan berlesen atau berdaftar di bawah MOTAC untuk tempoh tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum hibrid yang bertemakan Pelancongan dan Kesalinghubungan di Pustaka Negeri Sarawak di sini hari ini.

Selain itu, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, inisiatif lain termasuklah peruntukan sebanyak RM30 juta sebagai geran padanan bagi membaiki hotel bajet serta pemilik inap desa yang berdaftar dengan kementerian.

“Sebanyak RM60 juta dana insentif pula disediakan bagi aktiviti promosi termasuk aktiviti pelancongan dalam negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan