Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PBB Cawangan Pantai Damai mula terima pendaftaran belia sebagai ahli

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 20 Mac : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai mula menerima pemohonan daripada golongan muda yang berminat untuk menyertai sayap belianya.

Naib Presiden PBB, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, setakat ini PBB cawangan itu sedang memproses hampir 200 borang pendaftaran.

Pada masa sama, Dr. Abdul Rahman berkata, mereka juga telah menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Pemuda dan Wanita untuk menguruskan soal pendaftaran ahli baharu di kalangan belia.

“Parti akan mempercepatkan proses pendaftaran yang sedang berlangsung.

Saya jangkakan ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan akan datang,”katanya.

Naib Presiden PBB, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PBB Cawangan Pantai Damai sesi 2022-2025 di sini, hari ini.

Sebelum ini, pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB ke-13 yang berlangsung 9 Januari lalu, Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan parti telah meminda perlembagaan untuk mewujudkan satu cabang belia.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata, PBB mahu menarik minat golongan berusia 18 hingga 28 tahun supaya mendaftar sebagai ahli.

Dalam perkembangan lain, Dr. Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II berkata, proses pemindahan penduduk di beberapa kampung di Seberang Hilir, Petra Jaya, ke Perumahan Darul Hana dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

Katanya, pemindahan akan melibatkan seramai 2,640 ketua isi rumah di 13 kampung bermula di Kampung Boyan hingga Kampung Bintawa Batu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan