Foto kredit Facebook Lim Kit Siang
SHAH ALAM , 20 Mac : Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengumumkan persaraan beliau daripada politik hari ini.
Menurut laporan Bernama, Kit Siang turut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada pemilihan DAP yang berlangsung hari ini.
Selain itu, bekas Pengerusi DAP itu turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.
Kit Siang hari ini turut hadir pada Konvesyen Kebangsaan DAP yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDC) Shah Alam.
Sementara itu, anak Kit Siang, Lim Guan Eng tidak akan ‘mengemudi’ DAP lagi setelah pindaan perlembagaan parti itu memegang jawatan selama maksimum tiga penggal.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan kali pertama dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP pada 2004.
Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dijangka akan kekal Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP. -TVS