Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki hilang disyaki jatuh ke dalam laut
Lelaki hilang disyaki jatuh ke dalam laut

Lelaki hilang ketika memancing dikhuatiri jatuh laut

KUDAT, 20 Mac : Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam ketika memancing dikhuatiri terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Ko Nelayan, dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.20 malam semalam.

Katanya, menurut keterangan saksi, kejadian itu dipercayai berlaku kira – kira pukul 1 petang.

“Pengadu memberitahu, dia ke bahagian belakang kapal yang dinaiki mereka dan mendapati mangsa yang dikenali sebagai Jayson tidak ada di situ.

“Dia dan rakan – rakannya kemudian mencari mangsa di kawasan sekitar namun gagal,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Menurut Ishak, operasi pencarian bermula hari ini di kawasan jeti iaitu tempat terakhir mangsa dilihat dan setakat ini belum menemui sebarang petunjuk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan