Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 34 peratus kanak – kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 MacĀ : Sebanyak 1,239,194 individu atauĀ 34.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun,Ā sejumlahĀ 2,842,480 individu atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakalaĀ 2,941,159 atauĀ 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

SejumlahĀ 15,446,895 individu atauĀ 65.7 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak dan seramaiĀ 22,941,756 atauĀ 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakalaĀ 23,217,449 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

SebanyakĀ 40,418 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkanĀ 18,273 suntikan pertama,Ā 1,709 suntikan lengkap danĀ 20,436 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepadaĀ 68,418,688 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 85 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan kematian tertinggi sebanyakĀ 18 kes diikuti 17 kes di Perak, Selangor (15), Kedah (10) danĀ Pulau Pinang (lima).

Pahang dan Melaka masing-masing empat kes, Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing tiga kes, dua kes masing-masing di Sabah dan Sarawak manakala satu kes di Terengganu dan Putrajaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan