Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kolej Komuniti Kuching latihan pelajar lepasan SPM dalami bidang fesyen
Kolej Komuniti Kuching latihan pelajar lepasan SPM dalami bidang fesyen

Kolej Komuniti Kuching buka peluang kepada lepasan SPM dalami bidang fesyen

Gambar oleh Faitullah Morni

KUCHING, 20 Mac : Kolej Komuniti Kuching (KKK) yang ditubuhkan sejak 21 tahun telah melatih ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendalami bidang fesyen yang seterusnya membuka peluang pekerjaan dan menjana ekonomi.

Pengarah Program Hari Terbuka KKK 2022, Laila Najwa berkata, bidang kemahiran yang dipelajari sepanjang menuntut di kolej komuniti akan membolehkan mereka mempersiapkan diri sebelum memasuki dunia pekerjaan.

Ujarnya, beberapa bidang pengajian yang ditawarkan di institut berkenaan seperti Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) dan Sijil Teknologi Seni Bina (STSB) terbukti mampu melahirkan pereka fesyen dan pekerja di sektor seni bina yang menjadi pelapis industri itu.

“KKK sentiasa mengalu – alukan lepasan SPM yang berminat untuk menyambung pengajian di sini kerana syarat yang ditetapkan tidak sukar iaitu hanya perlu lulus SPM dan Bahasa Malaysia sahaja,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pertunjukan fesyen anjuran pelajar SFP KKK di Cityone Megamall di sini semalam sempena Hari Terbuka KKK 2022.

Kolej Komuniti Kuching latih pelajar lepasan SPM dalami bidang fesyen
Antara hasil rekaan pelajar jurusan fesyen Kolej Komuniti Kuching yang dipersembahkan pada pertunjukan fesyen sempena Hari Terbuka 2022 semalam.

Berkenaan pengajian bidang fesyen di kolej berkenaan, Laila Najwa berkata, pelajar tidak hanya diajar secara teori sebaliknya turut berpeluang ‘bekerja’ dengan pihak industri menerusi jaringan kerjasama strategik yang dirintis KKK.

Sementara itu bagi Nur Hakim Raifi yang merupakan salah seorang pelajar yang terlibat dengan pertunjukan fesyen itu berkata, dia berpeluang mengasah bakatnya dengan menghasilkan pelbagai jenis rekaan.

“Seterusnya saya juga berpeluang mempamerkan hasil rekaan di pentas peragaan.

Bagi saya, ia merupakan satu kepuasan kerana setelah berbulan – bulan memerah idea, hasil ciptaan dapat dikongsi bersama peminat fesyen,” katanya.

Katanya, sepanjang mengikuti pengajian di situ, dia juga turut dituntut supaya menjadi lebih kreatif.

“Oleh itu, saya bersama rakan – rakan sepengajian mengambil keputusan untuk menggabungkan unsur tradisional dan moden pada busana yang dipamerkan pada hari ini,” katanya yang turut menyimpan hasrat untuk membawa identiti Malaysia ke peringkat global.

Sementara itu, bagi seorang pensyarah KKK, Rozaifis Rofiei, beliau berpendapat, pelajar yang menceburi bidang teknologi seni bina juga mempunyai masa depan yang cerah kerana peluang pekerjaan yang sangat luas.

” Antara bidang pekerjaan yang boleh disertai termasuklah penghasilan lukisan, bekerja di firma-firma arkitek atau dengan syarikat kejuruteraan awam,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan