Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKM
KKM

HTA cipta sejarah, kembar siam pramatang berjaya dipisahkan

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 20 Mac : Sejarah tercipta apabila Hospital Tunku Azizah (HTA) berjaya membuat pembedahan kembar siam pramatang seberat 2.7 kilogram semalam.

Pembedahan tersebut berjaya memisahkan pasangan bayi kembar yang bercantum pada bahagian dada termasuk hati dan usus.

Menerusi laman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), Dato Dr. Zakaria Zahari berkata pembedahan seumpamanya biasanya dilakukan pada umur tiga sehingga enam bulan sahaja, namun disebabkan komplikasi ‘extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome’ pasangan tersebut terpaksa menjalani pembedahan segera pada umur 17 hari.

Bayi kembar lelaki tersebut dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada usia 33 minggu kandungan yang dirujuk oleh doktor Pakar Neonatologi HRPB.

Selepas perbincangan bersama doktor pakar HRPB dan HTA secara atas talian pada 15 Mac 2022 lepas keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut telah dipersetujui.

Sementara itu, Dr. Zakaria yang telah disertai oleh enam lagi doktor pakar bedah kanak-kanak dari seluruh Malaysia dan pasukan bius yang telah diketuai oleh Dr Intan Zarina, Dr Ruwaida dan disertai hampir 20 jururawat dan staf dewan bedah.

Proses pembedahan tersebut telah mengambil masa selama 66 minit tanpa mengalami sebarang komplikasi besar dan didapati kembar jenis ‘Omphalophagus’ tersebut berkongsi hati manakala organ-organ lain didapati baik dan normal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan