Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua maut, enam cedera selepas dibedil oleh Rusia

Dua maut, enam cedera selepas Kramatorsk dibedil Rusia

Foto Reuters

KRAMATORSK, 20 Mac : Dua dilaporkan maut manakala enam lagi cedera selepas bandar Kramatorsk di timur Ukraine dibedil Rusia.

Perkara itu disahkan oleh Gabenor Wilayah Donetsk, Pavlo Kyrylenko pada Jumaat lepas, lapor Reuters.

Rusia memulakan serangan agresif dengan membedil beberapa bandar termasuk Chernihiv, Sumy, Kharkiv dan Mariupol. 

Sementara itu, Rusia juga dilaporkan melancarkan serangan peluru berpandu di Kyiv bagi menghentikan kemaraan tentera Ukraine di situ.

Polis Ukraine pula mengesahkan beberapa blok pangsapuri turut rosak akibat dibedil selain ada yang mengalami kemusnahan total.

Sebagai reaksi terhadap serangan bertali arus itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy semalam terus menggesa supaya rundingan damai dilakukan secara menyeluruh.

“Ia bertujuan untuk menghentikan pencerobohan ke atas Ukraine,”katanya.

Perperangan yang tercetus hampir sebulan lalu sehingga kini menyebabkan lebih 3.3 juta rakyat Ukraine ‘lari’ meninggalkan negara mereka manakala dua juta lagi kehilangan tempat tinggal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan