Foto : Kompas.com
JAKARTA, 20 Mac : Sebuah bot kayu yang membawa 90 pendatang tanpa izin menuju ke Malaysia karam di pantai Sumatera Utara, Indonesia selepas mengalami kebocoran pada awal pagi Sabtu.
Dua daripada mangsa meninggal dunia dan penumpang lain termasuk tekong bot dan anak kapal diselamatkan oleh nelayan dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) negara itu.
Operasi menyelamat selesai pada Ahad sekitar jam 11 pagi waktu Indonesia Barat.
Bot itu karam kira-kira 31 kilometer ke timur Pelabuhan Panton Bagan di daerah Asahan, menurut komander BASARNAS Asahan Tanjung, Ady Pandawa.
Beliau dipetik media tempatan sebagai berkata bot dengan muatan berlebihan itu dipercayai membawa orang dari Sumatera, Jawa Timur, Madura dan Nusa Tenggara Timur. -TVS