Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 28 Mac, melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion.
HANOI, March 20 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob arrived here today for a two-day official visit to Vietnam. The Malaysian premier was met on arrival upon arrival by Minister-Chairman of the Government Office Tran Van Son and senior government officials at the Hanoi International Airport. The Prime Minister’s maiden official visit to Vietnam was at the invitation of his Vietnamese counterpart, Pham Minh Chinh. —fotoBERNAMA (2922) COPYRIGHT RESERVED

Bayaran fasa satu Bantuan Keluarga Malaysia mulai 28 Mac – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 20 Mac : Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran Fasa Satu dikreditkan mulai 28 Mac, melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2 bilion. 

Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima, merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

“Bagi penerima isi rumah, warga emas dan individu bujang, tarikh pembayaran akan bermula 28 Mac sehingga 8 April dan akan terus dikreditkan ke akaun bank. 

“Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), pembayaran akan dibuat bermula 30 Mac melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP (prosedur operasi standard) dari semasa ke semasa,” katanya. 

BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Ismail Sabri berkata pembayaran itu juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.

 “Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my,” katanya.

Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang layak, Perdana Menteri berkata tempoh permohonan rayuan akan dibuka selama sebulan mulai 2 Mei ini.

Beliau berkata proses itu adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mereka mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByFirdaus Ismail-
ByDouglas Elliot-
ByLuqman Muhammad-