Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hari Terbuka Kolej Komuniti Kuching
Hari Terbuka Kolej Komuniti Kuching

Pertunjukan fesyen pelajar meriahkan Hari Terbuka Kolej Komuniti Kuching

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

Foto Faitullah Morni

KUCHING, 19 Mac: Petang tadi, ruang legar Pusat Membeli – belah Cityone Megamall, di sini bertukar menjadi venue pertunjukan fesyen.

Ini gara- gara pelajar jurusan Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP), Kolej Komuniti Kuching (KKK) ‘menguasai’ pusat membeli – belah itu dengan menunjukkan sentuhan kreatif mereka menerusi 13 rekaan yang dipamerkan.

Pertunjukan fesyen berkenaan merupakan antara acara utama sempena Hari Terbuka KKK yang berlangsung sejak 14 Mac lalu dengan pelbagai aktiviti menarik dianjurkan di gedung berkenaan.

Timbalan Pengarah Akademik kolej berkenaan, Mervin Gumba Sigai berkata, program hari ini dianjurkan dengan kerjasama Tiara Management dan Cityone Megamall untuk membantu pelajar meningkatkan keyakinan mereka menjalinkan kerjasama dengan pihak industri.

Katanya, menerusi pertunjukan fesyen yang berlangsung , ia menjadi platform terbaik untuk menyerlahkan bakat serta potensi pelajar-pelajar sebagai pereka fesyen muda tempatan.

“Penghasilan rekaan ini juga merupakan manifestasi terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui oleh pelajar selama tiga semester, hasil bimbingan pensyarah bidang fesyen dan pakaian.

Hari ini mereka (pelajar -pelajar) berjaya membawa rekaan ke pentas peragaan,” katanya kepada TVS.

Sebahagian pelajar Kolej Komuniti Kuching yang terlibat dengan penganjuran Hari Terbuka kolej berkenaan yang berlangsung di City One Megamall di sini hari ini.

Bagi memberi semangat kepada pelajar, Mervin Gumba berkata, KKK turut menjemput pereka fesyen, Neng Kho Razali untuk menyaksikan acara kemuncak ini serta memberi inspirasi kepada pelajar agar mereka juga mampu menjadi pereka fesyen tempatan yang berjaya.

Sementara itu, Mervin turut memberitahu, antara kursus jangka pendek yang sedang ditawarkan adalah kursus menghias biskut dan brownies, penghasilan pelbagai aksesori, mewarna batik dan sebagainya.

“Kursus pendek ini terbuka kepada semua pengunjung daripada pelbagai peringkat umur dengan kos yang amat berpatutan,” tambahnya.

Sempena Hari Terbuka itu, turut berlangsung pameran mengenai program pengajian yang ditawarkan termasuk SFP, Sijil Teknologi Seni Bina, pendaftaran pelajar baharu dan pelbagai kursus jangka pendek.

Sementara itu, Pengarah Program , Laila Najwa Yahaya berkata, penglibatan pelajar dalam menguruskan acara dapat memberikan pendedahan kepada mereka untuk merasai pengalaman melaksanakan program di luar kolej.

“Pendedahan sebegini amat penting bagi memenuhi salah satu aspek dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas di mana kami perlu berkomunikasi dan bekerjasama dengan agensi luar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan