Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembinaan jambatan Batang Rambungan berjalan dengan lancar

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 19 Mac: Kerja pembinaan jambatan Batang Rambungan bagi menghubungkan daerah Lundu dengan pusat bandar raya Kuching sedang berjalan dengan lancar.

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Aidel Lariwoo, kerja pembinaan projek yang bernilai RM98.49 juta itu sudah 19.28 peratus siap.

Jelasnya, walaupun projek itu dikategorikan sebagai projek sakit dengan kelewatan sebanyak 35 peratus, namun kementerian akan terus memastikan projek tersebut selesai mengikut jadual, iaitu pada Jun 2024.

“Bagi projek jambatan Batang Rambungan ini, salah satu projek sakit, saya menegaskan kepada pihak JKR untuk memastikan projek ini dapat siap pada Jun 2024,” katanya.

Beliau menambah, sebanyak lapan buah jambatan kini sedang dalam proses pembinaan di sepanjang jalan pesisir dari Kuching ke Sampadi, Lundu, dengan anggaran kos keseluruhan kira-kira RM120 juta.

“Sepanjang jalan pesisir dari Sempadi, Lundu, hingga ke Kuching merupakan sebahagian daripada projek tersebut. Oleh sebab itu, ada sembilan jambatan masih dalam pembinaan, termasuk jambatan Rambungan, dan apabila sudah siap nanti, ia akan memudahkan pergerakan dan membentuk sosioekonomi yang baik di kawasan ini,” ujar Aidel.

Jambatan ini amat dinanti-nantikan kerana ia akan memudahkan urusan penduduk sekitar selain mengurangkan jarak perjalanan dari Lundu ke Kuching, seterusnya meningkatkan lagi sosioekonomi penduduk setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan