KUALA LUMPUR, 19 Mac : Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadarĀ gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata perkara itu akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
āBagi syarikat-syarikat mikro yang mempunyai kurang pekerja dan kurang pendapatan, Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M. Saravanan) akan berbincang denganĀ Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) mohonĀ agar tangguhkan dulu (penguatkuasaan) kepada syarikat-syarikat kecil ini,” katanya.
Ismail mengumumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 FebĀ 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan BajetĀ 2020. -TVS