Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MOTAC sasar 60 peratus pendapatan diraih sektor pelancongan pada 2019

KUCHING, 19 Mac: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan pendapatan sektor berkenaan pada tahun ini mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah RM103 billion yang diraih pada 2019.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, sasaran itu diletakkan dengan mengambil kira pengumuman kerajaan berhubung pembukaan semula sempadan negara yang dijadual 1 April ini.

“Langkah berkenaan diharapkan dapat merancakkan industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. 

“Untuk segmen domestik, kita mensasarkan 60 peratus daripada pencapaian 2019, kalau dapat lebih, lagi bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kampus Satelit Institut Kraftangan Negara (IKN) Sarawak di sini hari ini.

Berhubung ‘persediaan’ untuk menerima kemasukan pelancong asing pula, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, antara langkah yang perlu dilaksanakan oleh pemain sektor pelancongan tempatan ialah dengan menaik taraf produk-produk pelancongan domestik.

“Ini kerana tingkah laku pelancong domestik masa ini telah berbeza.

Saya percaya walaupun sempadan negara dibuka, pelancongan domestik tetap ada potensi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan