KUCHING, 19 Mac: Anggota polis yang ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan di Hilltop Miri, malam kelmarin disahkan hanya mempunyai satu das kesan tembakan pada tubuhnya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hekemal Hawari ketika dihubungi TVS hari ini mengesahkan perkara itu.
“Setakat ini, bedah siasat masih belum dilakukan,” katanya.
Dalam kejadian pada Khamis lepas, polis pada mulanya menerima panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan terdapat sebuah kereta pacuan empat roda yang terbabas dan melanggar sebatang pokok.
Siasatan di tempat kejadian menemukan seorang anggota polis yang berusia dalam lingkungan 30-an telah meninggal dunia dengan kesan tembakan.
Sementara itu, Hakemal turut memberitahu, anggota berkenaan bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri.
“Setakat ini, kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya. – TVS