KUCHING, 19 Mac : Susulan dakwaan penduduk sebuah kampung di Muara Tebas yang mereka terhidu ‘bau pelik’, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Eric Chang difahamkan melakukan usaha pencarian di kawasan itu.
Bagaimanapun, sehingga operasi dihentikan pada pukul 5 petang tadi, tiada sebarang petunjuk ditemukan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Memasuki hari ketujuh operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak turut menggunakan kepakaran Bella, iaitu anjing pengesan dari Unit K9.
Pegawai Operasi Zon 1, JBPM Sarawak, Nazari Harun berkata, dua anggotanya bersama Bella terlibat dengan SAR di sekitar Kampung Beradik.
Sementara itu, terdapat maklumat mengatakan operasi SAR akan ditamatkan sepenuhnya pada hari ini tanpa mengambil kira sama ada pencarian akan membuahkan hasil atau sebaliknya namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah sebelum ini mengesahkan siasatan kes kehilangan kanak – kanak lelaki berkenaan sejak 7 Mac lalu telah diklafikasikan semula sebagai kes bunuh.
Eric yang dilaporkan hilang pada pukul 9 pagi pada 7 Mac di rumah pengasuhnya di Taman Riverview Bintawa.-TVS