Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
lim guan eng DAP
lim guan eng DAP

DAP pilih barisan CEC baharu, pengganti Guan Eng untuk hadapi PRU-15

KUALA LUMPUR, 19 Mac : Selepas sembilan tahun mengemudi DAP, Lim Guan Eng akan memberi laluan kepada setiausaha agung baharu pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti esok, semasa parti itu mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan dalam tiga pilihan raya negeri yang lepas.

Guan Eng tidak boleh dipilih semula ke jawatan itu setelah mencapai had maksimum tiga penggal namun dijangka masih mempunyai pengaruh yang kuat kerana berkemungkinan kekal dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti.

Seramai 4,149 perwakilan akan menghadiri kongres sehari secara fizikal itu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC)  di Shah Alam dan mengundi dalam CEC, yang akan membawa parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ahli CEC akan memilih pemegang jawatan parti.

Ahli Parlimen Seremban dan Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook, yang disebut-sebut bakal menggantikan Guan Eng sebagai setiausaha agung, adalah antara 93 calon yang bertanding untuk 30 jawatan CEC bagi penggal 2022-2025.

Calon CEC lain termasuk bapa Guan Eng dan veteran parti, Lim Kit Siang; Pengerusi parti dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai; Naib Pengerusi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta anak lelaki mendiang Karpal Singh – Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan