Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa kebakaran terima bantuan daripada ADUN Repok.
Mangsa kebakaran terima bantuan daripada ADUN Repok.

Wakil rakyat Repok hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

SARIKEI, 18 Mac: Nasib malang seorang warga emas wanita, yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi kebakaran rumah dua tingkat di Jalan Manggis di sini semalam (Khamis), telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Penghulu Huang Tiong Kang, yang mewakilinya, menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM2,000 pada hari ini untuk meringankan beban mangsa.

Sumbangan itu merupakan satu tanggungjawab sosial dan tanda keprihatinan wakil rakyat itu terhadap nasib mangsa.

“Saya berharap bantuan yang disalurkan dapat mengurangkan sedikit kesusahan yang dialami warga emas ini.

“Semoga beliau tabah dan sabar dengan dugaan yang dihadapi,” kata Huang.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.25 petang semalam memusnahkan rumah mangsa yang berusia 65 tahun, Teng Mee Choo.

Mangsa, yang bersendirian dalam rumah ketika kebakaran berlaku, sempat menyelamatkan diri selepas beliau tercium bau asap dan terdengar bunyi letupan dari bahagian dapur rumah.

Walaupun tidak sempat menyelamatkan barang berharga miliknya, Teng tetap bersyukur kerana selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan