Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Consolidated Industries Bhd lantik dua pengarah bebas baharu

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) telah melantik dua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif baharu iaitu Noor Azri Noor Azerai dan Ku Chong Hong untuk memperkukuh komposisi lembaga pengarahnya.

Lembaga pengarah turut memutuskan untuk melantik Shamsul Anuar Ahamad Ibrahim sebagai Pengarah Bebas syarikat, menurut syarikat pakar kejuruteraan awam itu dalam kenyataan semalam.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman, SCIB yakin bahawa pelantikan itu akan meningkatkan lagi kepelbagaian pengalaman dan kepakaran yang luas untuk memacu aspirasi masa depan syarikat.

“Lembaga pengarah akan menerima manfaat daripada pengetahuan dan perspektif mereka yang unik. Kami menanti sumbangan bernilai Azri dan Ku kepada lembaga pengarah.

“Selain itu, berdasarkan tempoh Shamsul bersama SCIB sebelum ini, beliau telah menyumbang dengan efektif kepada syarikat dari segi tadbir urus dan pengurusan risiko. Justeru, selepas perbincangan lembaga pengarah dan mendapat persetujuan daripada Shamsul, lembaga pengarah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta,” kata Rosland.

Menurut kenyataan itu, Ku berpengalaman selama lapan tahun dalam audit dan asurans, selain penasihat perniagaan, memandangkan beliau telah terlibat dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa di pelbagai industri.

Pada masa ini, Ku dan Azri merupakan Pengarah Eksekutif Bintai Kinden Corporation Bhd dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Malaysian Genomics Resource Centre Bhd dan NWP Holdings Bhd.

Azri juga merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Serba Dinamik Holdings Bhd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan