Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Romania mahu kongsi kepakaran perindustrian dan peralatan pengangkutan dengan Sarawak

KUCHING, 18 Mac: Romania bersedia untuk berkongsi kepakaran dimiliki negara itu membabitkan bidang perindustrian dan peralatan sektor pengangkutan dengan Sarawak.

Duta Romania ke Malaysia dan Brunei, Nineta Barbulescu berkata, beliau turut menyedari visi kerajaan negeri untuk mentransformasi Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030 dengan salah satu fokus ke arah memantapkan sistem pengangkutan awam.

“Saya diberitahu oleh kedua – dua Datuk Bandar mengenai kepentingan menjadikan Kuching sebagai bandar pintar yang turut merangkumi kesalinghubung membabitkan pengangkutan.

Dalam aspek ini, kami (Romania) turut berharap dapat bekerjasama dalam projek yang ingin dilaksanakan kerana ya kami merupakan pengeksport untuk peralatan pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pejabat Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media berkenaan, Dr Jeniri Amir.

Ke arah kerjasama berkenaan, Nineta berkata, beliau berharap dapat membina hubungan dengan komuniti perniagaan dan kerajaan tempatan di Sarawak.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan Malaysia supaya meneliti sektor pendidikan tinggi di Romania sebagai pilihan untuk menyambung pengajian.

“Universiti di Romania yang menawarkan pengajian perubatan dan kesihatan yang diiktiraf oleh Kesatuan Eropah dan peringkat global selain menawarkan yuran yang berpatutan,” katanya.

Ditanya mengenai sektor yang ingin Romania pelajari daripada Malaysia pula, Nineta berkata, beliau teruja dengan kemampuan negara ini memacu industri tenaga solar dan tenaga boleh diperbaharui sehingga muncul sebagai yang kelima terbesar di dunia.

“Ini kerana bidang tenaga diperbaharui juga menjadi fokus penting kami,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan