Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Projek baik pulih jalan manfaatkan penduduk lima buah kampung di Tebedu

ByLuqman Muhammad

SERIAN, 18 Mac: Penduduk di lima buah kampung di Tebedu, di sini mula menikmati kemudahan perhubungan yang lebih selesa selepas projek baik pulih jalan raya di kawasan mereka dengan kos keseluruhan sebanyak RM 400,000 siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada berkata, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (MARRIS) dan Majlis Daerah Serian itu meliputi kerja – kerja membaiki termasuk menurap semula beberapa jalan yang rosak.

Katanya, selain majlis daerah, kerajaan juga bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKP) Sarawak bagi memastikan keadaan jalan di situ selamat untuk digunakan oleh penduduk.

“Selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu membawa pembangunan di seluruh Sarawak , kawasan ini juga tidak terkecuali apabila inisiatif membabitkan projek kesejahteraan rakyat berjaya dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Tapak Projek Menyelenggara dan Baik Pulih Jalan di sini hari ini.

Jalan berkenaan sebelum ini digunakan oleh penduduk di Kampung Temong Bengan, Kampung Krusen Siu, Kampung Sejijag Plaman, Kampung Mawang Tahup dan Kampung Entubuh.

Projek jalan berturap di Kampung Entubuh, Tebedu yang telah siap untuk kegunaan masyarakat di kawasan itu ke kawasan pertanian

Sementara itu, beliau turut memberitahu, terdapat satu lagi projek tambahan yang akan dilaksanakan di Kampung Entubuh yang juga akan diselia oleh majlis daerah.

“Projek ini dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM177, 000 bagi kerja menurap jalan yang dahulunya hanya jalan batu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan