Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota polis ditemui mati ditembak
Anggota polis ditemui mati ditembak

Polis ditemui mati dengan kesan tembakan dalam perjalanan ke pejabat – Ketua Polis Daerah

MIRI, 18 Mac: Anggota polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di Hilltop Garden dekat sini malam tadi dalam perjalanan ke pejabat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hekemal Hawari berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam tadi.

“Ketika ini polis sedang menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan untuk melengkapkan proses siasatan,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Dalam kejadian pada malam tadi, Hakemal menjelaskan, polis pada mulanya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan terdapat sebuah kereta pacuan empat roda yang terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Siasatan di tempat kejadian menemukan seorang anggota polis yang berusia dalam lingkungan 30-an telah meninggal dunia dengan kesan tembakan.

Sementara itu, Hakemal turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sah menerusi media sosial atau membuat spekulasi berkenaan kes ini kerana boleh menganggu proses siasatan.

“Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes ini, mereka diminta tampil ke balai polis yang berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Mohd. Firdaus Hanafiah Zulkifley di talian 085-433730,” katanya.

Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, anggota polis berkenaan telah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan