Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasar Serikin tidak akan dibuka serta merta, perlu kaji pergerakan di pos kawalan sempadan

ByOdleen Catherny

BAU, 18 Mac: ‘Kesunyian’ yang menyelubungi Pasar Serikin, Bau, ketika ini difahamkan akan berterusan dalam masa terdekat selepas ia tidak dibenarkan beroperasi serta merta meskipun sempadan antarabangsa dibenarkan dibuka pada 1 April akan datang, seperti yng diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep, memberitahu pihaknya perlu meneliti pergerakan kemasukan ataupun keluar di pos kawalan dahulu.

“Kita tidak terburu-buru untuk membuka Pasar Serikin kerana kita perlu mengkaji pergerakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin.

Kita juga masih menunggu nasihat dan saranan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak tentang perkara ini.

Saya difahamkan pembukaan sempadan hanya melibatkan pos kawalan sedia ada, antaranya Kompleks ICQS Biawak,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Henry, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan II Sarawak, memaklumkan kerja menaik-taraf akan diteruskan di sana, dengan fokus khusus kepada jalan raya sedia ada di sekitar kawasan gerai.

“Pada masa yang sama, kerja pembinaan jalan ke sempadan akan dilakukan. Begitu juga dengan pos ICQS yang akan dibina sekali dengan jalan raya itu,” ujarnya.

Pasar Serikin

Sebelum ini, laporan media menyebut, gerai-gerai di Pasar Serikin akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan semula sistem perparitan.

Pegawai Daerah Bau, Anielia Siam, berkata Majlis Daerah Bau ingin melaksanakan projek tersebut kerana permintaan penduduk di kampung itu yang mahukan sistem perparitan diperbaiki.

“Projek pembinaan siap pada Disember 2020, melibatkan kos RM31,000, untuk parit sepanjang 232 meter di bawah projek Tranformasi Luar Bandar (RTP).

“Untuk pembukaan Pasar Serikin, pihak kami masih belum mendapat apa-apa arahan lanjut, dan pihak Imigresen yang dihubungi semalam juga tidak dapat membuat sebarang pengesahan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pembukaan sempadan antarabangsa pada 1 April akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan