Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua wanita ditipu, jumlah kerugian lebih RM9 ribu

SIBU, 18 Mac: Dua wanita kerugian sebanyak RM9,250 selepas menjadi mangsa Macau Scam dalam dua kes berasingan di daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Dr Collin Babat berkata, mangsa pertama melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun yang kerugian RM930 manakala seorang peniaga dalam talian berusia 42 tahun pula mengalami kerugian RM8,320.

Bagi kes pertama, beliau memberitahu mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan, memberitahu dia terlibat dengan jenayah penggubalan wang haram.

“Mangsa diminta untuk memindahkan semua wang miliknya ke satu akaun bagi tujuan semakan transaksi.

Selepas dua jam, pelajar itu mendapati namanya disekat daripada membuat panggilan kepada suspek,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Berdasarkan semakan, Collin memberitahu, akaun itu dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa Iban.

Bagi kes kedua pula, pengadu memberitahu dia menerima panggilan daripada ‘pegawai Bank Negara’ yang memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM4,728.

“Mangsa seterusnya diminta melaporkan perkara itu kepada seorang pegawai bernama ‘Encik Chong’ bagi tujuan semakan.

Pengadu juga diminta untuk menyerahkan nombor kata laluan untuk proses tersebut,”katanya.

Ujar beliau, tidak lama kemudian, pengadu telah menerima pesanan ringkas dari bank bahawa sejumlah RM8,320 telah dipindahkan dari akaunnya kepada akaun milik orang lain.

Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Merah petang semalam.

Tambah Collin , kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan