Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota polis maut ditembak di Miri
Anggota polis maut ditembak di Miri

Anggota polis maut ditembak di Miri

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 18 Mac: Seorang anggota polis disahkan maut dengan kesan tembakan pada tubuhnya dalam kejadian di Hilltop Miri.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, polis menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada pukul 8.30 malam tadi yang memaklumkan menemui sebuah kereta pacuan empat roda terbabas dan melanggar pokok.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah bergegas ke tempat kejadian dan hasil siasatan awal mendapati seorang anggota polis telah meninggal dunia di tempat kejadian serta mempunyai kesan tembakan.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan mendalam berkenaan kes ini untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya menerusi kenyataan media.

Berita lanjut menyusul. – TVS

Tags: Miri, Tembak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan