Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

All England: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah mara ke suku akhir Kejohanan Badminton All England 2022 selepas menewaskan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi semalam.

Ini adalah suku akhir kedua gandingan negara itu selepas melakukannya pada penampilan sulung mereka tahun lepas.

Gandingan di ranking ke-15 dunia itu bermula agak goyah apabila tewas di set pertama 18-21 dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Arena Birmingham.

Bagaimanapun, mereka bangkit menguasai set kedua dengan menang 21-19 untuk mengheret ke perlawanan penentuan sebelum menamatkan 75 minit perlawanan dengan menang set ketiga 21-16.

Di atas kertas, Pearly-Thinaah sepatutnya boleh mara ke separuh akhir memandangkan mereka akan berdepan pasangan ranking ke-64 dunia Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan yang menewaskan beregu Thailand Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul 19-21, 21-13, 21-13.

Sementara itu, nasib berbeza buat beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi apabila dikejutkan oleh pasangan Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.

Pilihan kelapan kejohanan yang menduduki ranking ke-11 dunia itu tewas 22-24, 21-13, 17-21 kepada pasangan di ranking ke-28. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan