Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ringgit meningkat selepas Rizab Persekutuan AS naikkan kadar faedah

KUALA LUMPUR, 17 MacĀ : Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS selepas Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2018 dalam usaha untuk mengatasi inflasi.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan tinggi pada 4.1815/1860 berbanding dolar AS daripada 4.1965/1995 pada penutup hari Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS telah memutuskan untuk menaikkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas, menjadikan kadar faedah penanda aras kepada 0.50 peratus.

Beliau berkata berdasarkan ramalan baru-baru ini, nampaknya kadar faedah akan terus dinaikkan sebanyak suku peratusan mata dalam setiap mesyuarat sepanjang 2022.

ā€œIni boleh menjadikan Kadar Dana Persekutuan kepada 2.00 peratus menjelang akhir tahun ini. Pasaran telah pun mengambil kira langkah sedemikian dan oleh itu, pasaran ekuiti telah memberikan tindak balas secara positif.

ā€œHakikatnya, langkah monetari yang ketat seumpama itu adalah petunjuk bahawa aktiviti ekonomi semakin kukuh, dengan pasaran buruh menunjukkan daya tarikan yang baik,ā€ katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam menambah ringgit sepatutnya menunjukkan prestasi baik hari ini, bergerak dalamĀ julat antara paras RM4.18-RM4.19.

ā€œMalah, kadar dasar semalaman (OPR) sekiranya dinaikkan pada satu ketika pada masa hadapan boleh membantu mengukuhkan lagi nilai ringgit,ā€™ā€™ katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepadaĀ 3.0798/0834 daripada 3.0823/0847 pada penutup Rabu dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.5174/5215 daripada 3.5461/5487.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyuusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.5008/5067 daripada 5.4790/4829 dan rendah berbanding euro kepada 4.6197/6247 daripada 4.6111/6144 semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan