Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SHAH ALAM, 17 Mac (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki serta merampas dadah dipercayai jenis ganja dan syabu dianggar seberat 478.8 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.53 juta hasil dua serbuan di sekitar Kuala Langat dan Klang, dua hari lepas.
SHAH ALAM, 17 Mac (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki serta merampas dadah dipercayai jenis ganja dan syabu dianggar seberat 478.8 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.53 juta hasil dua serbuan di sekitar Kuala Langat dan Klang, dua hari lepas.

Polis rampas dadah bernilai RM1.53 juta

SHAH ALAM, 17 Mac :  Polis menahan dua lelaki serta merampas dadah dipercayai jenis ganja dan syabu dianggar seberat 478.8 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.53 juta hasil dua serbuan di sekitar Kuala Langat dan Klang, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kedua-dua rakan sejenayah berumur 31 dan 47 tahun itu ditahan JSJN Bukit Aman sekitar 12 tengah hari di sebuah stesen minyak di sekitar Kuala Langat sebelum dipandu arah ke sebuah pangsapuri di Klang yang dijadikan stor penyimpanan dadah pada hari yang sama.

Ayob Khan berkata hasil serbuan di pangsapuri tersebut, polis menjumpai dan merampas 468.8 kg dadah dipercayai ganja serta dadah disyaki syabu kira-kira 10 kg dengan anggaran nilai RM1.53 juta.

“Sindiket yang dipercayai baru sahaja aktif bulan ini menyeludup masuk dadah tersebut melalui utara Semenanjung Malaysia-Thailand dengan menggunakan jalan darat…mereka menyasarkan dadah tersebut bagi pasaran Lembah Klang,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Ayob Khan berkata pihaknya mempercayai ganja yang dirampas tersebut adalah dari Laos.

“Kalau ikut trendnya, kebiasaannya pada Mac dan Oktober adalah musim menuai (ganja). Tetapi sekarang di Laos aktiviti menuai itu dijalankan sepanjang tahun, sebab itu kita lihat banyak kebelakangan ini rampasan dibuat oleh JSJN di sempadan utara negara melibatkan dadah jenis ganja,” katanya.

Ayob Khan berkata pihaknya telah mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita pelbagai aset suspek antaranya kenderaan dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM88,496, menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.62 juta.

Katanya, saringan awal kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) dan seorang daripada mereka mempunyai satu rekod lampau kes jenayah.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 22 Mac bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas berhubung perkembangan tangkapan sembilan penguat kuasa menjual dadah yang dirampas, Ayob Khan berkata pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut termasuk seorang lagi suspek yang bekerja sebagai nelayan.  

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan