Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PH tidak akan bubarkan DUN negeri - negeri yang dikuasainya jika PRU-15 berlangsung dalam tempoh terdekat.

PH tidak akan bubar DUN Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 17 Mac : Pakatan Harapan (PH) memutuskan negeri – negeri yang ditadbir oleh gabungan itu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat tempoh pada 2023.

Menerusi kenyataan bersama Majlis Presiden PH hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat.

” Keputusan ini mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang masih terkesan akibat banjir besar, pandemik COVID-19, pendapatan yang berkurangan serta kos hidup yang meningkat mendadak,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu ditanda tangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Madius Tangau yang mewakili empat parti berkenaan.

Berikutan itu, DUN Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dijangka tidak akan dibubarkan sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 berlangsung dalam tempoh terdekat.

Kenyataan itu turut menambah, segala fokus dan usaha ketika ini harus ke arah menyelamatkan rakyat dan menghidupkan semula ekonomi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan