Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
OMICRON: Masih terlalu awal untuk sekat umat Islam mengerjakan umrah - Khairy

Khairy nasihatkan warga emas ambil vaksin dan dos penggalak menjelang Ramadan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 17 Mac: Warga emas tanpa dos vaksinasi dan dos penggalak dikategorikan sebagai golongan yang paling berisiko kehilangan nyawa sekiranya dijangkiti COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, data kadar kematian terkini jelas menunjukkan populasi tersebut mempunyai peratus kematian yang tinggi.

” Semalam 105 kematian COVID-19 dilaporkan. Kapasiti hospital dan unit rawatan rapi (ICU) terkawal namun saya juga mahu kadar kematian terkawal.

Graf ini jelas. Merayu kepada orang tua anda untuk dapat booster,” tulis beliau menerusi Twitternya hari ini.

Khairy berkata, pengambilan dos penggalak juga sebagai perlindungan kepada warga emas menjelang Ramadan.

“Mungkin pada masa ini , orang tua kita tidak ke mana-mana tetapi pada bulan puasa, mereka akan pergi solat terawih, jadi seeloknya ambil dos penggalak sebagai perlindungan tambahan,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut menyeru supaya anak-anak memainkan peranan bagi meyakinkan ibu bapa untuk mengambil dos penggalak dalam usaha mengawal kadar kematian yang membimbangkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan