BEIJING, 17 Mac : Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan daerah Sunan di bandar Zhangye, barat laut wilayah Gansu, China pada 8.26 pagi Khamis (waktu tempatan), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Pusat gempa ditentukan pada 39.02 darjah utara dan 97.66 darjah timur, dengan kedalaman sembilan kilometer, lapor Xinhua memetik laporan CENC. -TVS