Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

All England : Yew Sin-Ee Yi, Liew Daren, layak ke pusingan kedua

KUALA LUMPUR, 17 Mac : Dua wakil profesional Malaysia iaitu pasangan beregu lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan perseorangan lelaki Liew Darren, bermula dengan baik pada Kejohanan Badminton All England 2022 semalam bagi melayakkan diri ke pusingan kedua di Birmingham, England.

Pada kejohanan berlangsung di Utilita Arena, pasangan pilihan kelapan kejohanan Yew Sin-Ee Yi, tidak berhadapan masalah untuk melepasi pusingan pertama dengan mengalahkan pasangan tuan rumah Callum Hemming-Steven Stallwod, 21-14, 21-12.

Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021 itu akan bertemu antara dua pasangan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana atau Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, pada pusingan kedua esok.

Bagaimanapun Hemming berpeluang untuk membalas dendam terhadap Yew Sin, apabila kedua-dua mereka akan bertemu dengan pasangan masing-masing yang berbeza iaitu Jessica Pugh dan Goh Liu Ying, bagi melayakkan diri ke pusingan kedua dalam acara beregu campuran.

Dalam masa yang sama pemain bukan pilihan Daren, mengatasi Toma Junior Popov dari Perancis 21-15, 21-19 pada pusingan pembukaan, namun pemain Malaysia itu berhadapan tugas sukar di pusingan kedua, apabila dijadualkan bertemu pemain pilihan keempat Chou Tien Chen, bagi merebut tempat ke suku akhir yang akan berlangsung pada Jumaat.

Tien Chien dari Taiwan terdahulu mengalahkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia 21-10, 21-19.

Sementara itu beberapa pemain negara termasuk juara bertahan Lee Zii Jia, pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan juara Terbuka Jerman 2022 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akan memulakan cabaran masing-masing pada pusingan pertama, hari ini.

Zii Jia pemain pilihan keenam akan berhadapan pemain Jepun Kenta Nishimoto, manakala pasangan pilihan keempat Aaron Chia-Wooi Yik akan bertemu Christopher Grimley-Matthew Grimley dari Scotland.

Sze Fei-Nur Izzuddin pula akan berhadapan He Ji Ting-Tan Qiang dari China dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan