Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TOKYO, 17 Mac (Bernama) -- Dua maut dan 92 lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, lapor Xinhua.
TOKYO, 17 Mac (Bernama) -- Dua maut dan 92 lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, lapor Xinhua.

2 maut, 92 cedera gempa bumi kuat landa Jepun

Foto kredit The Japan News

TOKYO, 17 Mac : Dua maut dan 92 lagi cedera selepas gempa bumi 7.4 pada skala Richter menggegarkan timur laut Jepun tengah malam Rabu, lapor Xinhua.

Seramai 92 dilaporkan cedera di tujuh wilayah termasuk Miyagi dan Fukushima setakat ini, menurut Agensi Pengurusan Bomba dan Bencana.

Gempa berlaku pada 11.36 malam waktu tempatan, pada 37.7 darjah utara dan 141.7 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer.

Amaran tsunami sehingga satu meter turut dikeluarkan di pantai wilayah Miyagi dan Fukushima, dan penduduk setempat digesa menjauhi kawasan itu.

Sebahagian perkhidmatan kereta api laju Shinkansen di Tohoku dihentikan pagi Khamis akibat tergelincir dari landasan.

Syarikat Lebuhraya East Nippon menutup sementara beberapa lebuh raya, termasuk Lebuhraya Tohoku di Osaki, Wilayah Miyagi dan Lebuhraya Joban di Soma, Fukushima. -TVS

Tags: gempabumi

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan