Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak lancar program transformasi pemimpin perkhidmatan awam

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Mac: Sarawak melancarkan Program Latihan Eksekutif yang berfungsi untuk memangkin teknologi pemikiran baharu di kalangan pemimpin-pemimpin perkhidmatan awam di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelancaran program berkenaan selaras dengan hasrat untuk mentransformasikan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030 yang memerlukan keyakinan dan keberanian di kalangan pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam.

Ujar beliau, para pemimpin dalam sektor penjawat awam perlu yakin dan berani untuk menerima idea baharu serta memberikan yang terbaik untuk menterjemahkan aspirasi negeri ini kepada realiti.

“Di sinilah pentingnya Program Latihan Eksekutif untuk memupuk keupayaan kita berfikir dengan jelas, jauh ke hadapan, kreatif, strategik dan pragmatik yang mana ia sangat penting bagi memacu impak dan inovasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena majlis perasmian program berkenaan dan majlis bersama Premier Sarawak dan Ketua-Ketua Jabatan, di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, beliau percaya barisan kepimpinan terlatih dengan teknologi baharu mampu untuk mengubah minda dan tingkah laku golongan penjawat awam Sarawak.

Program berkenaan dijadualkan bermula pada Jun tahun ini dengan keutamaan kepada kumpulan yang akan mengendalikan sub-kluster dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan