Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengeluaran khas KWSP akan dipermudahkan – Tengku Zafrul

ByElani Rosllan

KUCHING, 16 Mac: Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi ‘jaminan’ pengeluaran khas berjumlah RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dipermudahkan.

Menerusi kemaskini di Facebooknya, Tengku Zafrul memaklumkan, beliau telah selesai mengadakan perbincangan dengan KWSP hari ini.

” Mereka (KWSP) akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media khas yang disiarkan secara langsung hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP berjumlah RM10,000 seperti dituntut pelbagai pihak sebelum ini.

Ujar Ismail Sabri, keputusan berkenaan juga dibuat selepas kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman berkenaan.

Sementara itu, menurut Bernama , Tengku Zafrul memaklumkan butiran mengenai pengeluaran khas KWSP akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik itu melanda negara dua tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan