Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita berusia 43 tahun dibaham buaya ganas ketika memancing

Operasi SAR wanita hilang diserang buaya disambung pagi esok

ByTVS

SIBU, 16 Mac : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita yang hilang selepas diserang oleh seekor buaya di Sungai Telong Suai, dekat sini, tengah hari tadi masih belum menemui sebarang petunjuk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi II Rary Binjie berkata, operasi hari ini berlangsung selama hampir lima jam bermula pukul 1.10 petang tadi melibatkan kawasan pencarian sejauh tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Operasi dihentikan pada pukul 6 petang tadi berikutan cuaca yang semakin gelap dan dijangka akan disambung pada pukul 8 pagi esok,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam kejadian kira – kira pukul 12.10 tengah hari tadi, mangsa Demit Chagai, 43, yang sedang memancing udang di tepi sungai itu bersama ibu dan ibu saudaranya secara tiba – tiba diserang oleh seekor buaya.

Rary memberitahu, ibunya yang panik tidak sempat berbuat apa – apa dan segera memaklumkan kejadian kepada ahli keluarga yang lain.

Katanya, mangsa yang tinggal di Rumah Flowrence mula memancing di situ pada pukul 10.30 pagi tadi.

” Mengikut cerita ibu mangsa, air sungai berkocak secara tiba – tiba dan disusuli kemunculan seekor buaya yang bertindak agresif apabila terus membaham Demit yang berada kira – kira dua meter dua meter dari ibu dan ibu saudaranya.

Mangsa diseret ke dalam sungai sehingga tidak kelihatan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan