Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anak Damian dan Ronwina terima faedah Perkeso
Anak Damian dan Ronwina terima faedah Perkeso

Hasrat sambut Hari Gawai bersama adik selepas lima tahun tidak kesampaian

KUCHING, 16 Mac: Hasrat untuk menyambut Hari Gawai bersama setelah lima tahun tidak berbuat demikian, berterusan tidak kesampaian bagi keluarga mendiang Damian Senin yang meninggal dunia dipercayai akibat terkena renjatan elektik pada minggu lepas.

Abang mangsa, Henrry Limon, 49, berkata, ini kerana adiknya telah pergi untuk selama-lamanya.

Menurut Henrry, kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya itu kira-kira lima tahun lepas.

Henrry Limon, Abang Mendiang Damian

“Perasaan saya amat sedih kerana adik pernah memberitahu dia tidak dapat balik untuk sambut Hari Gawai tahun ini.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh mendiang kerana memang dia tidak akan balik lagi,” katanya sebak ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LAK) di sini hari ini.

Henrry hadir di LAK untuk menyambut kepulangan tiga anak saudaranya yang tiba pada pukul 11.30 pagi tadi bersama abang ipar Damian, Robert Adi dan isterinya, Kelly Jhon yang menjadi penjaga sementara tiga beradik itu.

Jenazah pasangan yang berasal dari Serian itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kristian Seksyen 21, Shah Alam pada 13 Mac lalu selepas proses bedah siasat selesai sehari sebelumnya.

Pada 10 Mac lepas, mayat Damian dan isterinya, Ronwina Mambai ditemukan meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap, Cameron Highlands dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik.

Tragedi itu menyebabkan tiga beradik iaitu Elisa Olivia,10, serta Joseph Rayyan dan Magdalena yang masing – masing berusia lapan dan dua tahun ‘hilang’ tempat bergantung buat selama – lamaya.

Sementara itu, suasana di balai ketibaan LAK diselubungi perasaan hiba apabila ahli keluarga yang menunggu tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja kelibat tiga beradik itu muncul dan terus memeluk mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang yang turut hadir berkata, pihaknya akan memastikan kebajikan tiga beradik itu akan terbela.

Dr Simon Sinang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu

“Saya selaku pemimpin masyarakat di kampung Damian akan memastikan jaminan pendidikan kepada anak – anak mendiang dijaga.

“Kita tidak mahu pelajaran mereka terjejas,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bidayuh Dayak Kebangsaan, Dr Charlie Unggang berkata, pihaknya telah mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban yang ditanggung oleh tiga beradik berkenaan.

Dr Charlie Unggang, Timbalan Presiden DBNA

Urusan penerbangan pulang tiga adik beradik dan waris terlibat serta penginapan dan kos pengebumian mangsa dibiayai sepenuhnya oleh Sarawak Volunteers dengan bantuan Rumah Sarawak di Kuala Lumpur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan