Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga maut, dua cedera parah dalam kemalangan di Lahad Datu

Tiga maut, dua cedera parah dalam kemalangan di Lahad Datu

ByTVS

LAHAD SATU, 14 Mac: Tiga maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Sandakan-Lahad Datu, berhampiran Ladang Mensuli, di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Samsoa Rashid, seramai lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lahad Datu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

Tiga daripada empat mangsa yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Manakala seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun serta pemandu Land Cruiser parah.

“Kedua-dua mangsa yang parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan