Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program Shell LiveWIRE sokong usahawan tempatan

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 14 Mac : Program Shell LiveWIRE sejajar dengan misi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dalam memperkasakan syarikat permula dan perusahaan sosial peringkat awal untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan meningkatkan ekosistem inovasi keusahawanan di Sarawak.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datu Len Talif Salleh menyeru usahawan baharu di Sarawak untuk menyertai program berkenaan selain mengetahui lebih lanjut mengenai peluang yang disediakan di bawah program TEGAS.

“Saya gembira melihat program Shell LiveWIRE menyokong usahawan tempatan untuk mengakses pengetahuan, kemahiran, rangkaian dan sumber, sambil mengubah idea perniagaan mereka menjadi perusahaan yang berjaya.

“Tambahan pula, seperti yang dapat kita saksikan daripada program ini, keusahawanan amat membantu dalam menggalakkan kesaksamaan jantina dengan membangunkan usahawan wanita dan mewujudkan pekerjaan untuk jantina secara lebih adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Shell Livewire Sarawak bagi tahun 2021 di Kampung Digital TEGAS, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Shell Malaysia , Ivan Tan yang juga merupakan Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia serta Pengasas merangkap Pengerusi iCube Innovation , Dato Patrick Liew.

Len Talif yang juga Pengerusi TEGAS turut memuji Shell kerana memperkenalkan program pembangunan keusahawanan kepada rakyat Sarawak sejak 2017.

Katanya ia sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mempromosikan keusahawanan dan memperkasakan syarikat permula berkembang ke peringkat global.

Sehingga kini, Shell telah melabur lebih RM3 juta dalam penganjuran program seumpama ini serta menganugerahkan kira-kira RM400,000 sebagai geran permulaan dan turut melatih lebih 400 usahawan baharu di negeri ini.

Sementara itu, seramai lima orang usahawan dari Sarawak telah dinobatkan sebagai penerima anugerah bagi Program Shell LiveWIRE untuk tahun 2021.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan