Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan serta menyamar sebagai penjawat awam di Jalan Dinar, Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang, Selangor semalam. Foto fail Bernama

Penyelia kilang muat naik video lucah didenda RM16,000

KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) — Seorang penyelia kilang didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan video dan gambar lucah dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan aplikasi Google Drive, lima tahun lepas.

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Tarmizi Mohd, 28, yang perbuatannya itu kemudian dilihat pengadu di sebuah rumah di Padang Sena di sini, pada 12 tengah malam, 11 Mei 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, dalam rayuanya, tertuduh memohon agar hukuman diringankan memandangkan dia baru berkahwin dan telah insaf.

Dia membayar denda tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan