Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penjual besi buruk mengaku tidak bersalah tetak mangsa

KOTA BHARU, 14 Mac: Seorang penjual besi buruk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki menggunakan sebilah parang, minggu lepas.

Mohamad Shahzrie Sham Sabudin, 25, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mohamad Shahzrie Sham didakwa melakukan perbuatan itu sehingga menyebabkan kecederaan parah ke atas Mohd Faain Adha Azliza, 30, di Sungai Bechah dekat Gunong, Bachok pada pukul 12.10 tengah malam, 8 Mac lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh kemudian membayar jaminan itu.

Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan mangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan