Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Askar maut ditikam isteri
Askar maut ditikam isteri

Lelaki berusia 30-an direman bantu siasatan penemuan mayat wanita rentung – Polis

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mac : Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita rentung di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Izham Jaafar berkata perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

“Hasil siasatan awal polis mendapati suspek bekerja di sekolah berkenaan sejak dua tahun lepas manakala si mati yang berumur 25 tahun, bertugas sejak Februari lepas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita yang rentung dalam kebakaran di bengkel kemahiran hidup sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini pada Sabtu.

Muhammad Izham berkata lelaki terbabit ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kebakaran dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan