Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 : Kes baharu harian kembali tiga angka di Sarawak

COVID-19: Kes baharu harian turun kepada tiga angka di Sarawak

ByJas

KUCHING, 14 Mac : Kes baharu harian kembali kepada tiga angka apabila 965 kes dilaporkan berbanding 1,354 kes semalam. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ia menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 meningkat kepada 279,596 kes. 

“Sebanyak 951 kes merupakan kategori satu dan dua manakala 14 kes merupakan kategori tiga, empat dan lima. 

“Kuching terus merekodkan kes harian positif COVID-19 tertinggi iaitu 446 kes, diikuti dengan Miri sebanyak 133 kes, Sibu 75 kes, Bintulu 68 kes dan Serian 54 kes,” tambah JPBN Sarawak. 

Selain itu, empat kes kematian turut dilaporkan melibatkan empat orang warga emas. 

Kes kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 72 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan kencing manis, dan meninggal dunia di Hospital Sarikei pada Khamis lepas. 

Manakala, kes kedua pula melibatkan seorang lelaki berusia 82 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi telah meninggal dunia di Hospital Serian. 

Kes kematiann ketiga melibatkan seorang perempuan berusia 83 tahun mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan kanser, dan meninggal dunia di Hospital Sibu. 

Kedua-dua warga emas ini meninggal dunia pada Jumaat lepas. 

Seorang lagi lelaki berusia 78 tahun mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan penyakit jantung, dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan